Wednesday, December 28, 2011

KENDERAAN PELBAGAI GUNA BAGI PENGANGKUTAN DAN PEJABAT BERGERAK



PANDUAN UNTUK MENJADIKAN TAHUN 2012 PERMULAAN KEMBALI ZAMAN KEGEMILANGAN RAJA BILLAH

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku harta yang boleh menjana pendapatan . Alhamdulillah aku sekarang diberi jalan oleh Allah bagaimana mengushakan harta aku untuk mengeluarkan hasil.
Yang harus menjadi pegangngan aku adalah bahawa semuanya dari Allah. Allah berfirman dalam ayat 12 Surah Al-An'aam juz ke 7 "Bertanyalah (wahai Muhammad). "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?".Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat . Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mengsia-siakan pengurniaan Allah) , maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
Berdasarkan kepada ayat yang tersebut diatas hidup adalah suatu perjalanan. Harta yang ada pada kita hanyalah pinjaman sahaja. Yang boleh kita bawa ke akhirat adalah amalan baik kita. Dari itu janganlah sibuk mengumpul harta sahaja dan berbangga memilikinya . Yang lebih bijak adalah mendapat menafaat dari apa yang kita ada dan tidak menjadi hambanya.
Jika sebelum ini wang mengalir keluar sahaja maka sekarang usaha hendaklah dibuat supaya wang mengalir masuk pula. Yang terbaik adalah mengikut Sunnah Nabi , ia itu, dengan perniagaan. Sembilan dari sepuluh pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Untuk berjaya dalam urusan berjual beli kita misti mempunyai watak yang disenangi orang. Kita perlu pandai bercakap dalam bahasa yang mudah difaham orang.
Alhamdulillah aku sekarang mendapat pencen Kerajaan dan elaun Pengarah dari sebuah syarikat swasta tiap-tiap bulan. Aku disediakan sebuah kenderaan pelbagai guna untuk pergerakan aku yang boleh juga digunakan sebagai pejabat bergerak. Aku sekarang akan menambah pendapatan aku melalui :-
(a ) Kedai Agro Bazar di Kelana Jaya.
(b ) Pusat Pengumpulan Pertanian/Ternakan di Pekan Slim.
(c ) Agro/ Eco Tourism di Kampong Lintah.
Aku berdoa kepada Allah untuk memberi aku kekuatan untuk menghadapai sebarang cabaran, keberanian , kesabaran, dan ketenagan untuk berjaya mencapai hajatku dunia dan akhirat.

Wednesday, November 23, 2011

MEMBINA JATI DIRI

Untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat kita perlu mempunyai jati diri yang teguh. Hanya apabila kita kuat barulah kita dapat menjayakan apa yang kita hajati dengan izin Allah. Ini seterusnya akan menarik perhatian orang kepada kita kerana mereka yakin kita boleh memberi kepimpinan kepada mereka untuk turut berjaya.

Untuk sekian lama saya tidak begitu berjaya membangunkan kampong saya yang terbiar selama lebih 50 tahun.Saya mengubah pendekatan saya dengan membina jati diri supaya menjadi seorang yang berani melakukan apa yang saya inginkan dan tidak bertangguh-tangguh. Modal saya sekarang adalah dua bilah parang , dua keping duit siling lama British, satu tajak, satu sabit, satu kapak , dan dua gunting rumput yang saya jumpa antara tahun 2004 hingga tahun 2011 di dusun saya di Lot 901 dan dipersekitaran Istana Raja Musa di Lot 150 Kampong Lintah. Peralatan-peralatan yang sudah berkarat tersebut saya perbaiki dan saya gunakan sendiri bagi tujuan pertanian. Alhamdulillah saya sekarang sudah bersemangat kembali dan mula menunjukkan kejayaan bagi setiap projek yang saya usahakan.

Melihat kepada sekop yang lebih besar saya sekarang berusaha berkongsi pendapat dengan lain-lain bloger cara untuk membantu umat yang sekarang ini tertekan oleh kerana kenaikan harga barangan masakini yang seolah-olah tidak terkawal. Negara kita kaya dengan sumber asli dan orang kita pula sebanyak sedikit mempunyai tanah yang boleh dimajukan bagi menjana pendapatan. Sistem yang ada yang boleh kita gunakan adalah jaringan Pertubuhan Peladang yang meliputi seluruh Negara. Pertubuhan Peladang diperingkat Unit dan Kawasan boleh digembeling sebagai pengeluar barang-barang pertanian dan ternakan untuk dijual di serata Negara dan boleh juga dijadikan pengedar barang-barang jualan dari pemborong kepada ahli dengan harga yang berpatutan. Dengan berbuat demikian kita Insyaallah akan berjaya membebaskan diri dari orang tengah.

Dengan permulaan yang mudah ini bolehlah kita berbincang cara mana kita boleh membantu meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi kepada orang kita dan dengan itu membantu peningkatan ekonomi Negara kita keseluruhannya.

Tuesday, November 22, 2011

JATI DIRI TEGUH EKONOMI KUKUH

Malaysia adalah sebuah Negara kaya dengan hasil bumi. Disamping tanahnya subur untuk pelbagai jenis tanaman ia juga kaya dengan bijih timah, besi , emas dan lain-lain logam. Allah juga menganugerahkan Negara kita dengan minyak dan gas. Matlamat blog ini adalah mengwujudkan suatu ruang untuk membolehkan semua yang sayangkan negara ini memberi pendapat bagaimana untuk memajukan Negara supaya rakyatnya menikmati kemudahan seperti sebuah Negara Berkebajikan.