Wednesday, December 28, 2011

KENDERAAN PELBAGAI GUNA BAGI PENGANGKUTAN DAN PEJABAT BERGERAK



PANDUAN UNTUK MENJADIKAN TAHUN 2012 PERMULAAN KEMBALI ZAMAN KEGEMILANGAN RAJA BILLAH

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku harta yang boleh menjana pendapatan . Alhamdulillah aku sekarang diberi jalan oleh Allah bagaimana mengushakan harta aku untuk mengeluarkan hasil.
Yang harus menjadi pegangngan aku adalah bahawa semuanya dari Allah. Allah berfirman dalam ayat 12 Surah Al-An'aam juz ke 7 "Bertanyalah (wahai Muhammad). "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?".Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat . Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mengsia-siakan pengurniaan Allah) , maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
Berdasarkan kepada ayat yang tersebut diatas hidup adalah suatu perjalanan. Harta yang ada pada kita hanyalah pinjaman sahaja. Yang boleh kita bawa ke akhirat adalah amalan baik kita. Dari itu janganlah sibuk mengumpul harta sahaja dan berbangga memilikinya . Yang lebih bijak adalah mendapat menafaat dari apa yang kita ada dan tidak menjadi hambanya.
Jika sebelum ini wang mengalir keluar sahaja maka sekarang usaha hendaklah dibuat supaya wang mengalir masuk pula. Yang terbaik adalah mengikut Sunnah Nabi , ia itu, dengan perniagaan. Sembilan dari sepuluh pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Untuk berjaya dalam urusan berjual beli kita misti mempunyai watak yang disenangi orang. Kita perlu pandai bercakap dalam bahasa yang mudah difaham orang.
Alhamdulillah aku sekarang mendapat pencen Kerajaan dan elaun Pengarah dari sebuah syarikat swasta tiap-tiap bulan. Aku disediakan sebuah kenderaan pelbagai guna untuk pergerakan aku yang boleh juga digunakan sebagai pejabat bergerak. Aku sekarang akan menambah pendapatan aku melalui :-
(a ) Kedai Agro Bazar di Kelana Jaya.
(b ) Pusat Pengumpulan Pertanian/Ternakan di Pekan Slim.
(c ) Agro/ Eco Tourism di Kampong Lintah.
Aku berdoa kepada Allah untuk memberi aku kekuatan untuk menghadapai sebarang cabaran, keberanian , kesabaran, dan ketenagan untuk berjaya mencapai hajatku dunia dan akhirat.